Kelmarin sungguh indah,
Semalam sinarnya cerah,
Gelak tawa insan yang bernama teman,
Senyum riang meyapa tanpa henti,
Seolah tiada duka dihati,
Kelmarin kutatap semua wajah,
Seakan esok mereka tiada sudah,
Senyum mereka,
Tawa mereka,
Tangis mereka,
Kucuba ingat bagaimana keadaaanya..
Kesimpan agar tidak luput dari ingatan,
Kerana,
Kerana hari ini perpisahan bermula,
Bukan tanda pengakhiran,
Tapi tertanguhnya pertemuan,
Terlerai seketika ikatan,
Sendiri tanpa teman,
Dalam sendirian,
Baru datang kefahaman,
Sepi tanpa teman,
Perlu meredah kebosanan,
Terigat seketika,
Temanku lebat sembangnya,
Temanku kuat tidurnya,
Ada yang pandai berhujah bagai menang pilihan raya,
Buat ku tersenyum seketika,
Teman kau banyak budinya,
Walau tidak ternampak nilai wangnya,
Cukuplah faham erti "Kita",
Bukan lantaklah "dia"
Perpisah bukan tanda,
musanahnya ikatan,
Bukan pengertian yang memeritkan ,
Tapi perjalanan dalam kehidupan,
Untuk saling bertautan walau jarak tidak ketahuan,
Bertanya itu perlu,
Bergurau itu perlu,
Bergaduh juga perlu,
Kerana kita serupa,
Serupa kerana "TEMAN" yang kita bawa.
10's 4 the memories....khas buat kekawan simpang 3...bosan duk sorg oiii..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment